Bekas Juara Dunia sebanyak 16 kali, Ric Flair kini masih dilaporkan berada dalam keadaan kritikal setelah dimasukkan ke hospital kerana disyaki mengalami masalah jantung dua hari lalu.
Sumber rasmi daripada Flair pada awalnya memaklumkan yang lagenda berusia 68 tahun itu dimasukkan ke hospital hanya untuk menjalani pemeriksaan rutin biasa. Namun keadaan Flair terus merosot sehingga memaksa pihak hospital meletakkannya dalam bius anestetik sepenuhnya di Unit Rawatan Rapi kerana turut dilapor mengalami jangkitan bakteria.
Terkini, Dave Meltzer dari Wrestling Observer melaporkan yang bapa kepada Charlotte Flair ini baru sahaja selesai menjalani pembedahan dan masih berada dalam keadaan yang membimbangkan. Beliau kini masih berehat dan ahli keluarga masih menunggu kenyataan rasmi daripada pihak hospital.
Pengurus Flair, Melinda Morris Zanoni dari Legacy Talent and Entertainment pula melalui catatan di Twitter menulis bahawa pembedahan yang dilakukan ini tiada kaitan dengan jantung dan telah selesai dengan jayanya. Beliau turut meminta semua peminat Flair agar mendoakan The Nature Boy segera sembuh kerana masih banyak lagi prosedur dan proses yang perlu dijalankan.
Flair yang telah memulakan karier gustinya sejak 1972 telah bersara sepenuhnya daripada beraksi pada tahun 2012. Selain memegang rekod sebagai Juara Dunia sebanyak 16 kali, lagenda yang diberi jolokan sebagai The Dirtiest Player In The Game ini juga menjadi satu-satunya individu yang menerima pengiktirafan Hall Of Fame WWE sebanyak 2 kali.

Dalam perkembangan lain, peminat Adam Cole pasti mengukir senyuman kerana bekas Juara Dunia Ring Of Honor (ROH) itu dilapor telah mengikat kontrak bersama WWE baru-baru ini.
Menurut PWInsider, Cole, 28 akan muncul di jenama NXT tidak lama lagi dan akan memulakan latihan di Pusat Pembangunan Bakat WWE minggu ini.
Cole atau nama sebenarnya Austin Jenkins sememangnya tidak asing buat peminat gusti sirkit bebas kerana menjadi satu-satunya penggusti yang berjaya menggenggam Kejuaraan Dunia ROH sebanyak tiga kali.
Memulakan karier sebagai penggusti profesional sejak 2008, Cole telah menyertai pelbagai organisasi bebas seperti Combat Zone Wrestling dan Pro Wrestling Guerilla. Bukan itu sahaja, beliau juga telah beraksi di New Japan Pro Wrestling (NJPW) pada tahun lalu dan menjadi sebahagian daripada ahli gagasan yang paling popular ketika ini iaitu Bullet Club.
Penyertaan Cole ke NXT menambah lagi senarai penggusti ROH ke jenama tersebut dan dianggap seolah-olah NXT kini sedang diceroboh oleh alumni badan gusti tersebut. Sebelum ini, kita telah menyaksikan kemunculan Bobby Fish dan Kyle O’Reilly dan tidak mustahil, beberapa nama besar lagi bakal menyusuli mereka tidak lama lagi.
Langgani satu-satunya saluran gusti 24 jam di Malaysia, WWE Network dan saksikan semua acara pay per view setiap bulan termasuk acara WWE Summerslam minggu depan eksklusif secara langsung yang turut boleh diikuti di Astro Go.
Hafiz Azwany Taher merupakan pengasas kepada kelab komuniti Peminat Gusti Malaysia yang kini telah menghimpunkan lebih 19,000 peminat gusti di Malaysia. Diasaskan pada tahun 2010, komuniti ini kini merupakan platform utama para peminat gusti di Malaysia untuk berkongsi minat yang mendalam terhadap sukan gusti professional.