Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia 2026: Kad merah sebab tutup mulut, Turkiye ucap selamat tinggal

Almiron

Ia adalah sejarah tapi bukan perkara manis. Bintang Atlanta, Miguel Almiron, menjadi pemain pertama dibuang padang kerana kesalahan menutup mulut di bawah peraturan baharu Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Meskipun beraksi dengan 10 pemain, Paraguay tidak berdepan masalah untuk menumpaskan Turkiye 1-0 dalam perlawanan Kumpulan D Piala Dunia 2026 sebentar tadi.

Almiron dipercayai mengeluarkan kata-kata tidak bermoral kepada pihak lawan sambil menutup mulut dan terus dilayangkan kad merah menerusi semakan video bantuan pengadil (VAR).

Peraturan baharu itu diperkenalkan susulan kontroversi yang tercetus awal tahun ini apabila pemain sayap Benfica, Gianluca Prestianni, dituduh mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman terhadap bintang Real Madrid, Vinicius Junior, pada aksi Liga Juara-Juara Eropah (UCL), Februari lalu.

Kemenangan dramatik itu menyaksikan Paraguay menghidupkan peluang untuk terus bersaing mara ke pusingan seterusnya, sekali gus menghantar Turkiye pulang susulan mencatatkan dua kekalahan berturut-turut.

Gol terpantas kejohanan setakat ini menjadi pemisah apabila pemain tengah, Matias Galarza, meledak rembatan kencang dari jarak kira-kira 25 meter (m) selepas hanya 64 saat permainan.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Must Watch Video