Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia 2026: Negara anak tiri ugut aduan ke FIFA tapi...

Iran

Iran merancang untuk membuat aduan kepada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) mengenai sekatan perjalanan yang dihadapi memasuki Amerika Syarikat (AS) menjelang perlawanan kedua Piala Dunia 2026 awal pagi esok.

Disebabkan oleh ketidakpastian mengenai visa, negara ranking ke-22 dunia itu terpaksa berulang-alik dari Mexico untuk tiga aksi kumpulan mereka di AS.

Pihak berkuasa tuan rumah mewajibkan mereka masuk dalam tempoh 24 jam selepas perlawanan dan berlepas pada hari yang sama, menyebabkan jurulatih pasukan Amir Ghalenoei mengatakan Iran adalah pasukan "paling tertindas" dalam kejohanan itu.

Pengarah Pasukan Petugas Piala Dunia Rumah Putih, Andrew Giuliani, memberitahu akhbar tempatan bahawa dia terbuka untuk membuat rundingan semula terma kemasukan Iran ke AS.

Giuliani berkata Washington boleh mempertimbangkan untuk membenarkan Iran kekal lebih lama di sekitar perlawanan mereka.

Jurulatih Iran, Amir Ghalenoei, berkata gangguan itu telah menjejaskan pasukannya dalam keputusan seri 2-2 mereka dengan New Zealand dalam perlawanan pertama.

Jabatan Keselamatan Dalam Negeri A.S. berkata itu adalah langkah berjaga-jaga yang dipersetujui dengan Iran, yang akan menentang Belgium pada 21 Jun di Los Angeles (LA) dan akan menamatkan perlawanan Kumpulan G mereka menentang Mesir pada 27 Jun di Seattle.

AS pada hari berikutnya mengeluarkan kenyataan menilai pengaturan perjalanan juara Piala Asia 1976 itu tetapi buat masa ini kekal dengan rancangan asal walaupun Iran bersedia dengan bantahan kepada FIFA.

Giuliani, bagaimanapun, berkata situasinya tidak menentu dan mereka akan membincangkan langkah-langkah yang akan diambil untuk perlawanan ketiga Iran menentang Mesir di Seattle pada hari Jumaat, selepas pertemuan mereka dengan Belgium di LA.

"Peralihan dari Tucson ke Tijuana, saya fikir, adalah baik untuk semua orang yang terlibat, pastinya ia mengurangkan masa perjalanan mereka ke Los Angeles juga," katanya. 

"Penerbangan mereka adalah sejam lebih pendek daripada dari Tucson. Dan kami gembira dengan cara yang berlaku untuk perlawanan pertama di Los Angeles.

"Saya hanya ingin menekankan fakta bahawa semua pemain telah menerima visa. Semua jurulatih telah menerima visa.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

New Balance 1000 - Grey

New Balance 1000 - Grey

Must Watch Video