Pengurus skuad ragbi bawah 16 tahun Sekolah Menengah St Michael (SMSM) Penampang, Gideon Gadit, berkata komitmen serta disiplin tinggi pemainnya adalah faktor kejayaan mereka menjuarai Kejohanan Ragbi 7 Sebelah Bawah 16 tahun peringkat Zon Timur yang berlangsung di Kuching, Sarawak, baru-baru ini.
Dalam aksi final kejohanan di bawah Program Pembangunan Ragbi Kebangsaan (NRDP) itu, SMSM Penampang menewaskan Kolej Abdillah Sarawak 22-0.
"Saya memuji semangat yang ditunjukkan pemain. Komitmen dan disiplin tinggi mereka, sama ada di dalam atau di luar padang, adalah faktor mereka dinobatkan sebagai juara.
"Mereka (pemain) juga mematuhi segala arahan yang diberikan ketua jurulatih, Josephine Jospeh, dan pembantunya, Deidre Daryl Daisin, yang ternyata membuahkan hasil sehingga menyukarkan pihak lawan dengan permainan dikuasai sepenuhnya oleh SMSM Penampang," katanya ketika dihubungi, di Kota Kinabalu, hari ini.
Kejohanan yang turut mendapat kerjasama Kesatuan Ragbi Malaysia serta Kementerian Pelajaran Malaysia itu adalah salah satu program akar umbi bagi mencari bakat pelapis negara dalam sukan ragbi.
Sebanyak 16 pasukan menyertai kejohanan yang julung kali diadakan itu, termasuk dari Sabah, Sarawak serta Wilayah Persekutuan Labuan.
Difahamkan juga, beberapa pemain telah dikenal pasti menerusi kejohanan itu untuk diberi peluang mewakili negara dalam aksi persahabatan di Perth, Australia, November depan.