Skip to main content

Sukan Lain

KOM beri 'lampu hijau' atlet ke Iran

muthu-kom.jpg
Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) membuat keputusan mengejut apabila membenarkan lima atlet menyertai Kejohanan Dalam Dewan Dahe Fair di Tehran, Iran.

Tatkala republik itu berdepan konflik ketenteraan dengan Amerika Syarikat, KOM sudah mendapat jaminan penganjur mengenai tahap keselamatan menjelang saingan itu yang bakal bermula Khamis depan.

Ia kunci utama terhadap keputusan membenarkan skuad negara membuat penampilan sulung dalam kejohanan itu walaupun wujud kebimbangan mengenai konflik yang bakal tercetus.

Namun, KOM yakin keselamatan atlet negara terjamin.

"Ia telah dijadualkan sejak awal dan kami tidak mahu ia dibatalkan kerana penganjur telah beri jaminan keselamatan yang penuh. Ia juga difahami oleh penganjur untuk atlet mengambil bahagian," kata Presiden KOM, Datuk S. M. Muthu.

Konflik tercetus apabila Amerika Syarikat melancarkan serangan sehingga mengorbankan komander tentera Iran, Qaseem Soleimani, sebelum mencetuskan kemungkinan tindak balas.

Sementara itu, atlet lompat kijang negara, Andre Anura Anuar, menyasarkan rekod peribadi terbaik selepas melepasi jarak 16 meter dalam Sukan SEA Filipina bulan lalu.

"Saya sedikit bimbang tetapi diharapkan tiada apa yang berlaku. Diharapkan kami dapat bertanding dalam keadaan yang baik," katanya.


Editor: Nafis Abdullah

Advertisement

Must Watch Video