Pelari cilik, Karl Arham Khalid, mencuri tumpuan dalam larian Kidslympic Malaysia Penang 2025 apabila menamatkan larian sejauh 2.4 kilometer hanya dalam masa 10 minit.
Ia bermakna, pelari berusia 12 tahun itu hanya memerlukan 4.35 minit dalam setiap 1km lariannya.
Juara kategori B-12 itu, dalam satu temu bual bersama wartawan Astro Arena, Husna Zainuddin, berkata: "Saya lari dengan pace (kelajuan) biasa, iaitu pace 5 (lima minit sekilometer) dan untuk perlumbaan, biasanya saya berlari pace 4 atau 3.
"Saya juga meminati Azeem Fahmi (pelari pecut negara) sebab dia laju dan saya boleh mengidolakannya untuk meningkatkan larian saya."