Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) meneruskan usaha memartabatkan hoki tempatan dengan menghargai usaha keras bekas-bekas pengadil yang telah menabur bakti, bukan sahaja di peringkat tempatan, namun mengharumkan Malaysia di mata dunia.
Majlis ringkas yang bertemakan 'Jasamu dikenang' menghimpunkan hampir 50 bekas pengadil, tidak kurang yang masih lagi aktif.
Antaranya Datuk G. Vijayanathan, yang pernah dinobatkan sebagai pengadil nombor satu dunia era 70-an.
Justeru, KHM berhasrat mewujudkan program pembangunan pengadil bagi meneruskan kesinambungan kualiti yang dimiliki pengadil Malaysia.
Selain itu, KHM juga akan mewujudkan pengkalan data atas talian, iaitu 'MHC Umpires' bagi mengumpul semua maklumat berkaitan pengadilan hoki di Malaysia.
Ketika ini, hanya Eric Koh merupakan pengadil bertaraf Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) dan menjadi pengadil bertugas ketika perlawanan akhir di Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja di Bhubaneswar, India tahun lalu.