Atlet pelayaran negara, Khairulnizam Mohd Afendy, melaungkan keyakinan mengenai perkembangan skuad kebangsaan susulan aksi cemerlang yang ditampilkan ketika saingan Sukan Asia Jakarta-Palembang, 18 Ogos-2 September lalu.
Malaysia meraih keseluruhan lima pingat daripada sukan pelayaran dalam edisi Sukan Asia kali ini apabila membawa pulang satu emas, satu perak dan tiga gangsa.
Lebih manis, Khairulnizam muncul atlet Malaysia pertama yang mengesahkan tempat ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 susulan kejayaan melayakkan diri ke pentas final acara Laser Standard Sukan Asia 2018 sebelum terlepas emas di tangan jaguh Korea Selatan, Ha Jae-min.
Kejayaan Khairulnizam itu juga diiringi aksi pelayar wanita Malaysia yang pertama ke pentas Olimpik, Nur Shazrin Mohd Latif, setelah mengutip gangsa bagi acara Laser Radial.
Atlet lain yang menghadirkan pingat buat Malaysia ialah Muhammad Fauzi Kaman Shah yang mengungguli emas bagi acara Laser Terbuka 4.7, sekali gus muncul penyumbang pingat termuda buat negara serta dua gangsa daripada gandingan Nuraisyah Jamil dan Norashikin Mohamad Sayed (470 wanita) dan pasangan Illham Wahab dan Nuur Fatin Solehah Abdul Rahman (campuran RS One).
Bagi atlet berusia 25 tahun itu, kejayaan berkenaan pastinya memberikan sinar buat sukan pelayaran negara untuk terus berkembang, terutama menjelang saingan Olimpik Tokyo, dua tahun lagi.
"Saya mengucapkan ribuan tahniah buat Fauzi kerana menjalankan tugas dengan baik," kata Khairulnizam.
"Pujian juga harus diberikan kepada Shazrin kerana terpaksa berdepan dengan barisan atlet terbaik dunia, sama seperti Nuraisyah dan Norashikin yang masih mampu menghadiahkan gangsa walaupun menghadapi cabaran daripada juara dunia.
"Buat Mohamad Faizal Norizan dan Ahmad Syukri Abdul Aziz, rezeki tidak menyebelahi mereka untuk menghadirkan pingat. Namun, mereka tetap berada dalam kelompok pelayar terbaik dunia dan harus diingat, dua minggu sebelum saingan Sukan Asia, mereka menduduki tangga ke-12 dalam Kejohanan Dunia.
"Saya yakin akan lebih ramai lagi atlet negara yang meneruskan kemaraan ke Sukan Olimpik 2020."