Pelayar negara, Khairulnizam Mohd Afendy, berdepan risiko terlepas beraksi dalam Sukan SEA Kuala Lumpur, 19-31 Ogos ini, apabila dijadual menjalani pembedahan lutut Rabu ini, yang dijangka mengambil masa sehingga empat bulan untuk pulih.
Walaupun menyedari risiko itu, kapten pelayaran negara berkenaan perlu menjalani pembedahan terhadap kecederaan ligamen di lutut kanannya secepat mungkin.
Keputusan itu dibuat selepas doktor mendapati kesan koyakan otot di bahagian itu semakin membesar.
Pelayar kelahiran Kedah itu akan menjalani pembedahan di sebuah hospital di ibu kota, Rabu ini, dan dijangka berehat sehingga Mei depan.
"Saya masih optimis saya mampu beraksi dalam Sukan SEA akan datang. Sekarang saya mahu menumpukan sepenuhnya terhadap proses pemulihan dan cuba melakukan yang terbaik agar dapat beraksi dengan cepat," katanya.
Khairulnizam sebelum ini menyumbang satu emas dan satu perak dalam acara laser standard dalam Sukan SEA Singapura, dua tahun lalu.
Jika tidak sempat pulih untuk temasya Ogos depan, ia pasti memberi tamparan hebat kepada skuad pelayaran negara yang meraih tujuh emas di Singapura.
Skuad pelayaran negara akan menyertai Kejohanan Ujian Sukan SEA di Langkawi bermula 8 Februari ini yang akan disertai lebih 300 pelayar dari 13 negara.