Kapten negara, Khairul Anuar Mohamad, menyifatkan skuad memanah kebangsaan bernasib baik memiliki ketua jurulatih, Lee Jae-Hyung, yang sanggup mengeluarkan wang sendiri untuk menguruskan anak buahnya ketika Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM) dilanda masalah dalaman.
Jae-Hyung cukup dihormati dalam kalangan pemanah negara. Beliau bukan sahaja membimbing pemanah, malah menjaga kebajikan mereka hingga sanggup mengeluarkan wang sendiri.
Ia membabitkan soal membeli peralatan tambahan dan mengurus latihan serta kejohanan antarabangsa.
"Dia lebihkan soal peribadi atlet. Dia sangat menjaga kebajikan atlet di bawahnya sekiranya mereka berdepan masalah.
"Dia membantu atlet kerana mahu kami fokus dan tidak berdepan sebarang masalah," kata Khairul.
Pemanah negara seperti tidak terkesan dengan isu dalaman NAAM berhubung pemilihan dalam mesyuarat agung tahunan (AGM) yang sepatutnya diadakan Mac depan.
Seramai 12 ahli gabungan melantik Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Low Beng Choo, sebagai orang tengah untuk menyelesaikan isu terbabit dan satu mesyuarat khas akan diadakan pada 10 Februari depan.
Sementara itu, Khairul kecewa apabila Grand Prix Asia pertama di India yang sepatutnya bermula Sabtu ini, dibatalkan.
"Kami tahu pun melalui agensi kerajaan ketika mahu membuat permohonan visa ke India. Mereka hanya memaklumkan kami sehari selepas itu.
"Saya agak kecewa dengan penganjur kerana tidak membuat perancangan dengan betul."