Separuh akhir kejohanan Ragbi Super School Malaysia Divisyen Akademi menyaksikan Sekolah Sukan Malaysia Pahang (SSMP) bangkit daripada ketinggalan sekali gus mengatasi Akademi Ragbi Selangor (ARAS) 28-26 di EV Arena Elmina, semalam.
Misi balas dendam SSMP atas kekalahan di tangan ARAS pada peringkat sama tahun lalu berjaya direalisasikan meskipun berdepan penguasaan permainan yang lebih berpihak pada pasukan dari Lembah Klang itu.
Tangisan kegembiraan memberikan makna berbeza buat pemain posisi number eight SSMP, Airel Nurafifi, yang dibelenggu kecederaan lutut anterior cruciate ligament (ACL) Ketika cabaran separuh akhir edisi lepas hingga menyebabkan dia tidak mampu membantu pasukannya meraih slot akhir.
"Tahun lepas pasukan saya kalah di pentas separuh akhir berdepan ARAS, kami lakukan yang terbaik. Perbaiki aksi tahun lalu untuk tahun ini.
"Ibu saya tidak sokong tetapi selepas lihat saya beraksi, dia suruh saya buat yang terbaik dan terus bersemangat," katanya.
Mengimbau kembali kenangan sewaktu Airel di sekolah rendah, ibu pemain berusia 17 tahun itu sempat berkongsi cerita mengenai anaknya yang sanggup menolak tawaran menyertai Akademi Bola Sepak Mokhtar Dahari (AMD) kerana lebih berminat untuk memilih sukan ragbi.
"Kalau boleh nak sukan yang terbaik buat mereka kerana dalam fikiran ibu bapa ragbi sukan lasak, dan dia baru pulih dari cedera (ACL).
"Dalam masa setahun semua jangka dia gantung but, saya impikan dia tersenarai dalam skuad kebangsaan. Saya nak dia Berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi." tambah ibunya, Rinawati Ahmad.
Pentas akhir Ragbi Super School Divisyen Akademi 2025 bakal menggegarkan dengan Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail selaku juara bertahan akan berentap dengan Sekolah Sukan Malaysia Pahang 20 Julai nanti di Putrajaya.