Kerajaan menyenaraikan sebanyak 20 jenis sukan teras prestasi tinggi yang akan memacu pembangunan sukan lebih cekap melibatkan semua pemegang taruh.
Ia melibatkan akuatik kategori renang dan terjun, angkat berat, badminton, basikal (trek), boling padang, e-sukan, gimrama dan artistik, hoki, karate, memanah, menembak, olahraga, pelayaran dan ping pong.
Turut tersenarai, sepak takraw, silat, skuasy, tekwando, tenping boling dan wushu.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, penetapan jenis sukan itu menzahirkan komitmen kerajaan dalam meningkatkan prestasi dan pencapaian atlet di peringkat antarabangsa.
"Pemilihan sukan teras ini adalah berdasarkan kepada beberapa kriteria utama seperti penyertaan dan prestasi dalam kejohanan antarabangsa, pengurusan sukan dan program pembangunan atlet," katanya dalam kenyataan selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan (JKPS) di sini pada Isnin.
Ujarnya, senarai tersebut akan dinilai semula setiap empat tahun mengikut kitaran temasya Sukan Olimpik.
"Saya melihat penetapan ini dapat membawa impak yang signifikan kepada pembangunan ekosistem sukan negara dengan menjadi rujukan utama kepada semua kementerian dan agensi dalam perancangan program, peruntukan sumber serta pelaksanaan dasar berkaitan pembangunan sukan," jelas Ahmad Zahid.
Menurut beliau, mesyuarat juga bersetuju agar Kementerian Perpaduan Negara terus memperkasa usaha memperluas program sukan secara inklusif melibatkan pelbagai lapisan masyarakat.
"Program ini mengetengahkan nilai kebersamaan dengan menyediakan platform integrasi yang merentasi sempadan kaum, agama dan sosioekonomi," katanya.
Selain itu, Ahmad Zahid menjelaskan, mesyuarat turut membincangkan perancangan program sukan elektronik bagi tahun 2025 oleh Kementerian Belia dan Sukan serta pengukuhan pelaksanaan Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M1S) oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
"Usaha ini menunjukkan kesungguhan kerajaan dalam mencungkil bakat-bakat baharu dalam pelbagai disiplin sukan.
"Saya berharap usaha ini akan mendapat sokongan padu daripada semua pihak kerana ke arah melahirkan atlet bertaraf dunia dan mewujudkan masyarakat yang sihat dan cergas, selaras dengan aspirasi nasional untuk membangunkan industri sukan serta meningkatkan imej negara di peringkat antarabangsa," katanya.
-- Sinar Harian