Roger Federer menyerlahkan prestasi untuk mengakhiri perdebatan sejak sekian lama.
Pemain terhebat sepanjang zaman ini menyerlahkannya sebagaimana yang hanya dia mampu, sama ada di Melbourne, Paris, London atau New York.
Ia berlaku dalam Terbuka Australia semalam sambil maestro Switzerland itu mengesahkan kejuaraan Grand Slam ke-18 miliknya dengan kemenangan mengasyikkan ke atas Rafael Nadal dalam final yang menemukan dua pemain berusia.
Berdepan bahaya untuk dipintas dalam jumlah kejuaraan utama yang dimenangi, Federer bangkit daripada ketinggalan satu mata break dalam set kelima untuk unggul 6-4, 3-6, 6-1, 3-6, 6-3.
Ini adalah final impian yang ditakdirkan tidak akan berlaku di antara dua pemain terhebat yang kembali daripada kecederaan yang disenaraikan sebagai pilihan kesembilan (Nadal) dan ke-17 (Federer).
Federer meraih gelaran Grand Slam pertamanya sejak memenangi Wimbledon pada 2012 selepas 3 jam 37 minit dan pada usia 35 tahun.
Kejuaraan dimenanginya di All England Club itu hampir pasti adalah yang terakhir buatnya, terutama selepas kecederaan lutut meranapkan musimnya pada 2016.
Lantaran itu, memenangi beberapa perlawanan harus sudah memadai buat Federer di Melbourne Park tahun ini. Sebaliknya, dia kembali ke tahap terbaiknya, di sebalik ada kalanya tidak konsisten, seperti yang terserlah dalam final semalam.
Federer mempamerkan prestasi menakjubkan ketika membelasah pilihan ke-10 dari Czechoslovakia, Tomas Berdych, dengan straight set dalam pusingan ketiga.
Itu memberinya kelegaan yang dipertingkatkan dengan kemenangan lima set ke atas Kei Nishikori dalam pusingan 16.
Undian ketika itu semakin terbuka buatnya dan Nadal berikutan kejutan penyingkiran awal Andy Murray dan Novak Djokovic.
Federer melepaskan pendahuluan dua set ketika berdepan rakan senegara, Stan Wawrinka, dalam separuh akhir tapi terpaksa menahan kesakitan kaki untuk mara ke final.
Sekali lagi, dalam final, dia beralih dari cemerlang kepada tidak konsisten, dengan membenarkan momentumnya untuk membantu atau menghalangnya.
Pada 2009, Federer tewas dalam final kepada Nadal di Melbourne Park ketika tahapnya merosot lewat dalam permainan.
Kali ini, bagaimanapun, kedua-duanya menyerlah dalam set kelima. Lebih menakjubkan, Federer memenangi lima game berturut-turut, dengan melakukan 23 pukulan ‘winner’ dan hanya sembilan ‘unforced errors’.
Permukaan pantas gelanggang di Melbourne menawarkannya peluangnya, sesuai dengan variasi pukulannya berdepan dengan lawan yang lebih banyak bertahan.
Bukan saja ia membantu Federer, tetapi Grand Slam secara keseluruhannya sambil pemain-pemain agresif mendapat habuan, yang ditonjolkan lagi dengan penyingkiran awal Djokovic dan Murray.
Ia membawa kepada kejayaannya menggapai satu lagi kejuaraan Grand Slam yang kelihatan sangat tidak berkemungkinan – dan meraih tempatnya selaku juara terhebat sepanjang zaman.