Setiausaha Agung, Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Low Beng Choo, sedia menjadi orang tengah bagi menyelesaikan kemelut Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM) selepas 12 ahli gabungannya membantah kepemimpinan presiden, Mohamad Yazid Yahya.
Gabungan NAAM mengadakan pertemuan di pejabat MOM hari ini bagi mencari jalan menyelamatkan masa depan sukan memanah Malaysia.
Ia susulan surat NAAM yang dihantar kepada pegawai Kedah, Perlis, Negeri Sembilan, Terengganu dan Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) di mana mereka berdepan risiko penggantungan selepas gagal memberi alasan tidak menghadiri mesyuarat agung tahunan (AGM) yang lalu.
Sehubungan itu, mereka sebulat suara bersetuju melantik Beng Choo sebagai orang tengah untuk mengadakan mesyuarat khas, 10 Februari depan, bagi mencari jalan penyelesaian.
"Perkara ini seharusnya diselesaikan secara dalaman. Jika perkara ini tidak dapat dilaksanakan, kami harus mendapat satu langkah untuk menyelesaikannya," kata Beng Choo.
"Kami mencari satu penyelesaian yang boleh diguna pakai oleh semua pihak bagi mengelak sebarang pertelingkahan di masa akan datang," kata Presiden Persatuan Memanah Kedah, Datuk Abdul Hamid Hassan.
Sementara itu, Presiden Persatuan Memanah Perlis, Ahmad Zaini Samsudin, berkata: "Kami mengadakan perbincangan dengan MOM untuk membantu kami mencari jalan penyelesaian terbaik mengenai kemelut yang dihadapi oleh persatuan."
NAAM sepatutnya mengadakan pemilihan dalam AGM sebelum 31 Mac depan.
Jika masalah itu tidak selesaikan, ia dikhuatiri akan menjejaskan persiapan skuad pemanah negara untuk memburu 10 emas yang ditawarkan dalam Sukan SEA Kuala Lumpur, 19-31 Ogos nanti.