Skip to main content

Bola Keranjang

Kematian Bryant: Ronaldo sertai Messi dalam mengenang legenda sejati

cr-twittwe.jpg
Cristiano Ronaldo menganggap Kobe Bryant sebagai "legenda sejati" selepas bekas pemain bola keranjang Los Angeles Lakers itu terbunuh dalam satu nahas helikopter awal pagi tadi.

Bryant, 41, bersama anak perempuannya, Gianna, terbunuh bersama tujuh mangsa lain selepas helikopter yang dinaiki mereka terhempas berhampiran Bandar Calabasas, Los Angeles.

Bintang sukan di seluruh dunia merakamkan ucapan takziah buat bekas bintang Lakers itu -- yang memenangi lima kejuaraan NBA.

Ketika Neymar mendedikasikan salah satu golnya -- ketika Paris Saint-Germain (PSG) menewaskan Lille awal pagi tadi -- buat legenda itu dan Lionel Messi turut meratapi pemergian Bryant, Ronaldo merakamkan ucapan takziahnya dalam Twitter.

"Amat sedih untuk mengetahui berita yang menyayat hati mengenai kematian Kobe dan anak perempuannya, Gianna," ciap Ronaldo.

"Kobe seorang legenda sejati dan menjadi inspirasi kepada ramai orang.

"Saya merakamkan ucapan takziah buat keluarga dan rakan-rakannya, dan semua keluarga mangsa yang terlibat dalam kemalangan itu.

"Semoga tenang di sana, Legenda," katanya.



Editor: Muzaffar Musa

Advertisement

Must Watch Video