Ons Jabeur mencabar golongan muda di Afrika untuk percaya bahawa mereka boleh mara jauh dalam Kejohanan Tenis Wimbledon selepas pemain Tunisia itu mengesahkan tempat ke suku akhir untuk tahun kedua berturut-turut awal pagi tadi.
Pemain berusia 27 tahun itu kini menjadi pemain pilihan untuk bergelar juara selepas Iga Swiatek tersingkir dalam pusingan ketiga, di mana Jabeur juga sedang memburu gelaran grand slam pertamanya.
Biarpun Jabeur perlu bekerja keras untuk menewaskan pemain Belgium, Elise Martens, dalam aksi pusingan keempat itu, dia masih belum melepaskan sebarang set dalam edisi kali ini.
Menantinya dalam suku akhir adalah wakil Republik Czech dan pemain nombor 66 dunia, Marie Bouzkova, dalam usahanya menjadi pemangkin buat wanita Afrika dan Arab untuk mara jauh dalam kejohanan itu.
"Adakala saya menikmati kegagalan dan kejayaan selepasnya. Ia amat luar biasa.
"Saya harap saya benar-benar dapat memberikan mesej ini buat golongan muda, bukan hanya dari negara saya, bahkan buat semua di benua Afrika.
"Saya mahu melihat lebih ramai pemain kami di sini, saya mahu mereka percaya dengan diri mereka dan percaya mereka boleh berada di sini.
"Saya bukanlah datang dariapda keluarga yang kaya, jadi anda perlu berhenti mencari alasan dan berusaha untuk mendapatkannya.
"Hanya jadi diri anda dan bergembira untuk bermain tenis," katanya.

82 - Ons #Jabeur is the female player with the most wins in the WTA Tour over the last two seasons (82, one more than Iga Swiatek - 48 in 2021 and 34 in 2022). Super.@WTA @WTA_insider #Wimbledon2022 #Wimbledon pic.twitter.com/RpJZsXmgRk
— OptaAce (@OptaAce) July 3, 2022