Atlet tari negara, Jessie Liau menyimpan hasrat sekurang-kurangnya memasuki pusingan suku akhir kategori solo latin dalam Kejohanan Asia WDSF 2025 yang akan bermula esok.
Sasaran itu diletakkan seiring dengan kemampuan dirinya, dengan Jessie mengakui masih perlu bekerja keras untuk meningkatkan prestasi tariannya, apatah lagi jika mahu berada sebaris dengan pencapaian dua rakan sepasukannya iaitu Cherry Yeo dan Bernice Iiiu.
Dia turut berharap usahanya untuk mengimbangkan kerja dan latihan mampu membuahkan hasil dan momentum kecemerlangan dapat diteruskan menjelang Kejohanan Dance Sport Terbuka Malaysia hujung bulan ini.
"Saya rasa cabaran utama saya adalah daripada aspek masa saya kerana selepas habis bekerja baru boleh berlatih. Ini cabaran utama saya ketika ini.
"Kali ini saya sasarkan untuk mara ke pusingan suku akhir untuk rekod peribadi saya," katanya.
Berbeza buat seorang lagi wakil dance sport negara, Lim Dao Er, yang lebih fokus meraih pendedahan bertanding dalam kategori solo, selepas membuat keputusan untuk beralih daripada acara berpasangan.
Dao Er turut berharap tempoh setahun akan digunakan untuk menilai sama ada dia mempunyai kelebihan dalam acara solo atau perlu mencari pasangan tari baru dan kembali ke kategori asalnya.
"Penyampaian perlu beri lebih lagi kerana semua pada diri sendiri, perlu bersinar. Malah teknikal juga perlu baik." tambahnya kepada wartawan Astro Arena, Ainul Ameerul.
Selepas Kejohanan Asia, Kuala Lumpur pula menjadi tumpuan atlet tari negara untuk saingan Terbuka Malaysia yang akan bermula pada 25 Julai nanti.

Atlit Dance Sport Negara, Jessie Liau & Lim Dao Er sedar berdepan saingan sengit di WDSF Asian Adult Solo Female Championship Latin & Adult Open Solo Female Latin.
— Ainul Abd Rouf (@ainulameerul) July 10, 2025
Namun, semangat tetap membara untuk berikan aksi terbaik. ?@ASTROARENA pic.twitter.com/e6lwpBtJLJ