Pertembungan penentuan tempat ketiga dan keempat menemukan Anak Malaya serta Dream Dodgeball Club berlangsung sengit khususnya pada separuh masa pertama Kejohanan Dodgeball Kebangsaan.
Hari kedua menyaksikan majoriti pemain yang turut beraksi dalam saingan profesional lelaki dan wanita sejak Sabtu.
Saingan campuran yang terdiri daripada tiga pemain lelaki dan wanita dalam tempoh 20 minit setiap babak menjadikan pertandingan ini jauh lebih terbuka.
Pasukan yang berpangkalan di Pulau Pinang itu hadir ke Lembah Klang dengan objektif utama membawa pulang trofi berprestij ke Pulau Mutiara.
Namun, intensiti tinggi yang dipersembahkan di awal permainan gagal diterjemahkan ke dalam bentuk kutipan mata.
Sebaliknya, percaturan taktikal Anak Malaya lebih menjadi menerusi balingan deras di baseline yang memerangkap gerak langkah kelab lawan.
Pemain yang diangkat selaku wira pertembungan ini, Carlos Goonting, memimpin serangan bertali arus Anak Malaya sehingga berjaya menuai mata demi mata untuk merakam kemenangan 9-2.
Lebih signifikan, kejayaan Anak Malaya melengkapkan kedudukan podium saingan campuran buat tahun kedua berturut-turut, mencerminkan usaha jitu di sebalik tabir yang tersusun dan efektif.
Lakaran sejarah Anak Malaya di peringkat kebangsaan mengimbau detik bersejarah yang dilakar ketika raih pingat gangsa kategori campuran dalam Kejohanan Jemputan Asia Pacific 2023.
Bukan hanya jaguh di Malaysia, malah pemain tempatan dari kelab Anak Malaya turut mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa.
"Untuk memenangi pingat gangsa di peringkat seperti ini mahupun kejohanan lain, perkara besar terutamanya ialah banyak pasukan berbeza.
"Dapat banyak mencipta keputusan positif berdepan pasukan besar kerana Malaysia ialah salah satu negara yang paling kuat.
"Ia adalah kepuasan yang baik.
"Saya akan buat yang terbaik untuk membantu pasukan dan melihat anak buah mewakili negara," katanya di Nadi Weekend.