Kejohanan Basikal Trek YSD Siri 5 memperlihatkan dominasi keseluruhan pelumba elit negara dengan aksi yang memukau dalam setiap kategori.
Acara akhir Keirin menyaksikan Ridwan Sahrom meneruskan legasi Shah Firdaus dengan merangkul emas keempat peribadi, selepas turut unggul dalam acara pecut pada siri keempat Sabtu lalu.
Peningkatan drastik Ridwan ini adalah hasil daripada latihan intensif bersama pelumba bertaraf olimpian, di mana beliau dipilih sebagai rakan sepelatih pelumba yang bakal berangkat ke Olimpik Paris.
"Apabila saya berlatih dengan Datuk Azizul dan Shah, kami berlatih dalam 'high-speed mode', jadi saya boleh memperbaiki diri dari situ," kata Ridwan.
Dia mengakui menggunakan segala teknik yang dipelajari dan menerapkannya dalam perlumbaan sehingga menghasilkan kejayaan yang membanggakan.
Dalam saingan wanita, Anis Amira Rosidi kembali mencuri tumpuan dengan meraih dua pingat emas dalam acara pecut dan keirin.
Anis, yang sebelum ini dibayangi oleh pencapaian luar biasa Nurul Izzah Izzati Mohd Asri, pelumba yang jauh lebih muda, menunjukkan semangat juang yang tinggi untuk tidak ketinggalan dalam prestasi.
Anis mengakui perlu mempamerkan aksi terbaik kerana beliau merupakan atlet simpanan yang berpotensi untuk beraksi di Olimpik Paris.
"Saya kena tunjukkan yang terbaik kerana saya dalam 'reserve' untuk Olimpik. Sekiranya apa-apa terjadi, saya boleh menjadi pengganti," jelas Anis.