Skip to main content

Sukan Lain

Kejohanan Asia medan persiapan Khairulnizam

khairulnizam.jpg
Atlet pelayaran berpengalaman negara, Khairulnizam Afendy, melihat Kejohanan Asia di Jakarta bulan depan sebagai medan persiapan penting menghadapi Sukan Asia Jakarta-Palembang, Ogos depan.

Khairulnizam, yang akan membawa cabaran negara dalam acara laser standard, optimis dia sudah melakukan persiapan terbaik kali ini.

Namun, dia tidak pernah beraksi dalam sebarang kejohanan di Indonesia sebelum ini.

Kerana itu, Khairulnizam mahu menggunakan sepenuhnya Kejohanan Asia bulan depan untuk menyesuaikan diri dengan situasi angin di perairan Jakarta.

"Saya mendapat banyak maklumat mengenai keadaan perairan di Jakarta. Kami akan cuba mendapatkan lebih banyak pengalaman dalam Kejohanan Asia nanti," katanya.

Khairulnizam meraih perak ketika empat tahun lalu di Incheon, Korea Selatan.

Kali ini, dia turut mahu memberikan cabaran yang kuat di Jakarta dan menyedari dia akan turut berdepan saingan kuat pelayar-pelayar terbaik Asia.

"Kejohanan ini akan menjadi medan pengukur bagi mengetahui tahap pesaing-pesaing dalam Sukan Asia nanti," ujarnya.

Advertisement

Must Watch Video