Kejayaan meraih pingat gangsa Sukan SEA 2019 menjadi tonik buat atlet angkat berat, Muhammad Erry Hidayat, untuk membawa pulang pingat buat negara apabila bakal menyertai Kejohanan Antarabangsa Solidariti di Uzbekistan minggu depan.
Hanya berada setahun dalam Program Podium, Erry selesa dengan latihan yang dijalaninya apabila berjaya mencatat angkatan peribadi terbaik 168 kilogram dalam temasya dwitahunan itu.
Angkatan peribadi terbaik itu membenarkan Erry meraih pingat dalam kategori berat 73kg.
Kejayaan itu jelas menjadi penyuntik semangat buat Erry untuk membawa pulang pingat daripada kejohanan di Uzbekistan itu yang bakal berlangsung 8 hingga 12 Februari ini.
"Selepas Sukan SEA tahun lalu, saya meneruskan latihan untuk kembali beraksi di Uzbekistan. Saya tidak meletakkan sasaran warna pingat, namun mengakhiri saingan di kedudukan podium," katanya.
Tambah Erry, latihan kini lebih tertumpu terhadap proses pemulihan apabila hanya berbaki seminggu menjelang kejohanan tersebut.
"Kami menjalani latihan seperti biasa, namun cuba meningkatkan lagi intensiti sebagai usaha untuk merebut pingat di sana nanti."
Editor: Ammar Hakim