Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) dijangka akan memiliki ibu pejabat sendiri menerusi geran AS$25,000 (kira-kira RM100,000) yang diluluskan Persekutuan Olahraga Antarabangsa (IAAF).
Presiden KOM, Datuk Karim Ibrahim, berkata adalah menjadi impian beliau buat sekian lama untuk menyaksikan badan induk itu memiliki ibu pejabat sendiri.
"Kami tidak memiliki bangunan sendiri walaupun kami adalah salah satu daripada persatuan tertua di Malaysia yang ditubuhkan pada 1906.
"Kami berpindah dari satu tempat ke satu tempat seperti penanaman pindah," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata perkara itu sering tidak mendapat perhatian dan dalam Mesyuarat Agung Tahunan KOM di Ipoh sebelum ini, Ahli Majlis KOM memberikan lampu hijau untuk mengumpul dana kerana KOM tidak mempunyai wang yang diperlukan untuk membayar deposit bagi membeli premis baru.
"IAAF telah meluluskan geran itu dan kami akan menggunakannya sebagai deposit.
"Kami akan menyediakan dokumen yang diperlukan untuk membeli bangunan baru itu," katanya.
Selain daripada menjadi pusat pengurusan, ibu pejabat baru yang dicadangkan itu akan turut dilengkapi bilik mesyuarat dan perpustakaan.
"Jika kami tidak menggunakan dana itu, kami mungkin terpaksa memulangkannya kepada IAAF," katanya sambil menambah IAAF tidak gemar pertukaran alamat pejabat KOM yang terlalu kerap.
Beliau berkata KOM membayar lebih RM2,000 sebulan untuk menyewa pejabat.
Karim mendedahkan tiga lokasi telah disenarai pendek sebagai cadangan bagi ibu pejabat baharu itu.
"Kami kini mempunyai tiga lokasi dalam fikiran.
"Kami akan mencadangkan kepada anggota majlis untuk membuat keputusan.
"Namun, dari segi geografi, ia perlu mudah untuk ke Majlis Sukan Negara (MSN) dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dari lokasi yang dipilih itu,” katanya.
-- BERNAMA