Karikatur yang dicetak akhbar Melbourne, The Herald Sun, yang memaparkan bintang tenis terkenal, Serena Williams, dianggap tidak bersifat perkauman oleh Majlis Akhbar Australia.
Karikatur kontorversi itu memaparkan Serena melompat dan menghempaskan raket bersebelahan patung bayi.
Ia tiba susulan ketegangan di antara Serena dengan pengadil perlawanan, Carlos Ramos, ketika pemain itu tewas kepada Naomi Osaka dalam final Terbuka Amerika Syarikat (AS) tahun lalu.
Majlis tersebut menerima aduan mengenai karikatur berkenaan dengan dakwaan "kebimbangan timbul ekoran lakaran Puan Williams yang berkait untuk menyakiti dan melambangkan kejantinaan terhadap wanita dan memudaratkan stereotaip perkauman terhadap bangsa Amerika-Afrika secara keseluruhan dengan menggunakan keadaan fizikal Puan Williams."
Bagaimanapun, The Herald Sun menegaskan karikatur daripada Mark Knight itu bertujuan untuk menggambarkan sikap Serena yang keanak-anakan dan bukan bertujuan untuk menggambarkannya secara negatif terhadap sesuatu bangsa mahupun jantina.
Pihak Majlis Akhbar Australia kemudian menerima penjelasan itu dan mengeluarkan kenyataan: "Pihak majlis menerima bahawa karikatur itu dilakar berdasarkan apa yang terjadi dalam Terbuka AS pada 9 September lalu yang menarik perhatian dunia.
"Pihak majlis menganggap karikatur itu sebagai keterlaluan dan tidak masuk akal, namun menerima penjelasan pihak penerbitan bahawa mereka tidak menggambarkan Puan Serena sebagai seekor mawas tetapi mengambarkan beliau membelah patung bayi itu sebagai karikatur yang tidak bersifat perkauman terhadap kebanyakan pembaca di Australia.
"Bagaimanapun, pihak majlis menyedari sesetengah pembaca akan menganggap karikatur itu bersifat sensitif, namun kami juga menerima terdapat minat orang awam yang mencukupi dalam memberikan komen mengenai tingkah laku dan semangat kesukanan ketika pertikaian di antara pemain tenis berprofil tinggi dengan pengadil perlawanan dalam Terbuka AS.
"Dengan itu, pihak majlis tidak menganggap bahawa syarikat penerbitan itu gagal untuk mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk mengelakkan daripada menyebabkan kesalahan besar, kesusahan atau prasangka, tanpa justifikasi yang cukup demi kepentingan awam. Oleh itu, pihak majlis menyimpulkan bahawa piawaian amalan itu tidak dilanggar."
Serena melabel Ramos sebagai "pencuri" dan "penipu" selepas diberikan amaran ekoran menerima tunjuk ajar jurulatih dari tempat duduk penonton.
Dia kemudian menghempaskan raket sebagai tanda protes ketika menuntut pengadil itu meminta maaf.
Serena, bagaimanapun, didenda dengan kehilangan satu game dalam perlawanan itu.