Tiada istilah rehat buat penerjun negara, Cheong Jun Hoong, susulan kejayaan dalam Kejohanan Terjun Siri Dunia dan Sukan Komanwel kerana masih ada dua kejohanan utama yang perlu diharungi tahun ini.
Jun Hoong dan Pandelela Rinong sebelum ini mencipta sejarah meraih emas buat kali pertama dalam Siri Dunia Ketiga di Montreal, Kanada sebelum menutup saingan Siri Dunia Kazan di tempat ketiga.
Secara keseluruhan, mereka menamatkan saingan 10 meter platform seirama dengan 93 mata selepas tamat kesemua empat saingan.
Walaupun Jun Hoong-Pandelela meraih pingat dalam kesemua empat saingan musim ini, termasuk menyumbang emas Sukan Komanwel, apa yang penting adalah rentak konsisten yang perlu diteruskan dalam dua kejohahan utama, iaitu Piala Dunia di China awal Jun depan sebelum beralih fokus kepada Sukan Asia pada Ogos.
Melihat penerjun China selaku musuh utama, Jun Hoong pada masa sama mengakui kebangkitan penerjun Korea Utara perlu diberikan perhatian jika mereka mahu mencabar pingat, khususnya dalam Sukan Asia nanti.
Skuad terjun negara akan meneruskan kem latihan pusat di China sebelum ke Wuhan untuk saingan Piala Dunia bermula 5 Jun.