Pelari pecut kebangsaan, Jonathan Nyepa dan Zaidatul Husniah Zulkifli, berpeluang layak ke Kejohanan Dunia buat kali pertama apabila akan mendapat sentuhan bekas juara dunia serta pemenang pingat emas Sukan Olimpik dalam kem latihan di Kelab The Winners Circle, Atlanta, Amerika Syarikat.
Antara jurulatih yang akan membimbing Jonathan dan Zaidatul adalah pemenang pingat emas 400 meter berpagar Sukan Olimpik Beijing 2008, Angelo Taylor, serta bekas juara dunia lompat jauh empat kali, Dwight Phillips.
Mereka juga akan berlatih bersama beberapa atlet Amerika Syarikat tatkala ia diraih hasil tajaan sebuah syarikat swasta untuk menghantar mereka berlatih di The Winners Circle selama 10 bulan bermula pertengahan bulan ini.
"Kalau dapat pecahkan rekod kebangsaan, mungkin peluang jadi cerah. Tiada yang mustahil jika latihan dijalankan secara fokus," kata Jonathan.
"Saya bertanding dengan pencabar yang lebih bagus. Macam apa yang saya katakan sebelum ini, saya akan berlatih dengan atlet yang lebih bagus di sini," tambah Zaidatul.
Had kelayakan Kejohanan Dunia acara 100m lelaki adalah 10.10 saat dan 11.24s untuk wanita sambill acara 200m lelaki (20.40s) dan 200m wanita (23.02s).
Situasi itu bermakna Jonathan dan Zaidatul perlu memecah rekod kebangsaan untuk meraih penampilan sulung mereka dalam Kejohanan Dunia di Qatar, September depan.
"Saya menyasarkan agar mereka dapat layak ke Kejohanan Dunia secara merit. Kemudian, sudah tentu kami menyasarkan Sukan SEA. Selain itu, Tokyo 2020 juga menjadi sasaran kami," kata jurulatih pecut negara, M. Balamurugan.