Perenang berpangkalan di Amerika Syarikat, Phee Jinq En, kembali ke pangkuan skuad negara selepas lapan bulan bagi memantapkan persiapan acara kuak dada menjelang Sukan Asia Jakarta-Palembang, Ogos depan.
Selepas berkelana di AS dan menjalani latihan dalam kolam jarak pendek (25m), Jinq En kini kembali ke Malaysia bagi menjalani latihan fasa akhir sebelum menghadapi Sukan Asia.
Pemenang pingat emas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 itu optimis gandingan bersama jurulatih negara, Paul Birmingham, akan membantunya menghadapi temasya yang akan berlangsung, Ogos depan.
"Saya menghormati program latihan yang telah diberikan oleh Paul Birmingham dalam memastikan saya melakukan catatan masa yang baik dalam Sukan Asia nanti," kata Jinq En.
Dengan catatan rekod kebangsaan menjadi sasaran, Jinq En akan berusaha memastikan dia mara ke final dalam acara yang disertai.
"Memperbaharui catatan adalah sesuatu tugas yang sukar tetapi saya akan cuba sebaik mungkin untuk mara ke final dalam acara 50m dan 100m, sekali gus memecahkan rekod kebangsaan."