Atlet olahraga negara tidak lagi boleh bergantung kepada tiket 'wildcard', khususnya ratu pecut negara, Zaidatul Husniah Zulkifli, seandainya menyimpan impian membuat penampilan kedua dalam Sukan Olimpik Tokyo, Julai ini.
Status 'wildcard' hanya dapat ditentukan selepas tamat tempoh kelayakan yang akan berakhir 24 Jun depan.
Sistem baru yang ditetapkan Persekutuan Olahraga Antarabangsa (IAAF) tidak lagi memperuntukkan slot 'wildcard' untuk lelaki dan wanita, sebaliknya satu sahaja tiket diberikan untuk satu negara.
Tambah perit, seandainya terdapat wakil negara yang layak, maka tiada tiket 'wildcard' akan diberikan langsung oleh IAAF.
Justeru, masa depan atlet pecut wanita negara, Zaidatul, ke Tokyo turut masih samar.
"Dengan kehadiran Dwayne Miller sebagai pengarah teknikal Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), kepakaran beliau diharapkan dapat meningkatkan lagi kemampuan barisan atlet negara untuk menghadapi saingan kelayakan Olimpik," kata jurulatih pecut negara, M. Balamurugan.
Zaidatul pernah membuat penampilan di Rio 2016 dan berjaya melepasi sesi kelayakan sebelum kecundang dalam saringan pertama.
Editor: Ammar Hakim