Skip to main content

Sukan Lain

Jackie sudah sedia lupakan kekecewaan

jackie-wong.jpg
Atlet baling tukul besi negara, Jackie Wong, mahu menebus kehampaan gagal mempertahankan pingat emas Sukan SEA Filipina bulan lalu dengan menumpukan untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik.

Jaguh negara itu sekadar mencatatkan balingan sejauh 63.83 meter di Filipina untuk akur tewas kepada wakil Thailand, Kittipong Boonmawan.

Dia yang masih dalam proses pemulihan daripada kecederaan akan terlepas Kejohanan Olahraga Terbuka Perak bulan depan.

Dalam masa sama, dia bercadang untuk mengumpulkan mata kelayakan ke Sukan Olimpik Tokyo, Julai depan selain memecahkan rekod kebangsaan dalam Kejohanan Olahraga Antarabangsa di Mokpo, Korea Selatan selepas temasya itu.

"Kalau ikut sistem merit, ia tidak mustahil untuk saya melayakkan diri ke Sukan Olimpik.

"Tetapi saya masih memerlukan lebih daripada 100 mata untuk ke temasya itu.

"Mungkin ada peluang lagi.

"Jurulatih juga kata mungkin kami akan memilih kejohanan dengan mata yang lebih tinggi untuk melayakkan diri," katanya.

Jackie turut akan mengubah perancangannya untuk menjalani latihan di China memandangkan negara itu masih dibelenggu wabak koronavirus.

"Mungkin kami akan mengubah destinasi itu atau mengangguhkannya ke tarikh baru.

"Tetapi ia juga masih belum pasti," tambahnya.



Editor: Muzaffar Musa

Advertisement

Must Watch Video