Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) tiada masalah untuk memberi peluang kepada Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) membuat rayuan pengurangan denda terhadap pemain dan pegawai yang memboikot perlawanan akhir Piala Raja Thai ke-31 di Bangkok, Oktober tahun lalu.
Menurut Setiausaha Agung ISTAF, Datuk Abdul Halim Kader, tempoh 14 hari bermula Sabtu lalu akan diberikan kepada PSM bagi menghantar rayuan mengurangkan denda berjumlah RM81,000 kepada mereka.
Abdul Halim berkata dia memahami situasi yang menimpa PSM dan bersedia untuk membantu daripada segi pengurangan denda itu.
Bagaimanapun, katanya, rayuan itu perlu dinilai sewajarnya sebelum menentukan jumlah denda berdasarkan kesalahan yang telah dilakukan.
"Kami akan melihat apakah hujah PSM yang diberikan kepada pihak ISTAF. Saya juga amat prihatin terhadap apa yang telah dinyatakan oleh presiden PSM kepada pihak media. Kami akan meneliti dengan sebaik mungkin mengenai rayuan ini," kata Abdul Halim ketika dihubungi, hari ini.
Bagi Abdul Halim, adalah lebih baik jika pemain dan pegawai membayar denda yang dikenakan berbanding digantung kerana sudah jelas ia akan menjejaskan persiapan Sukan SEA mereka.
"Saya percaya PSM tidak mahu atlet-atlet mereka digantung kerana ia akan merencatkan persiapan Malaysia menghadapi cabaran Sukan SEA pada Ogos nanti," tambahnya.
Sabtu lalu, Lembaga Disiplin ISTAF memutuskan regu kedua, pengurus, ketua jurulatih dan penolong jurulatih negara bersalah kerana memboikot final Piala Raja Thai.
Trio negara, Izudin Refin, Afifuddin Razali dan Safarudin Abu Bakar, masing-masing didenda USD2,000 (RM9,000).
Sementara itu, tiga pegawai, iaitu pengurus pasukan, Mohd Zambri Abdul Rahman; ketua jurulatih, Abdul Talib Ahmad, dan penolongnya, Mohd Rashidi Nordin, didenda USD4,000 (RM18,000) setiap seorang.