Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa (ISTAF) sedia melaksanakan pindaan peraturan membabitkan situasi tekong ketika melakukan servis demi memastikan kontroversi serta pertikaian teknikal dalam kalangan penggiat sukan tradisi itu yang telah berlarutan selama enam dekad dapat diselesaikan.
Jelas Setiausaha Agung ISTAF, Datuk Abdul Halim Kader, perdebatan berkaitan bulatan servis dan tekong sering kali dibangkitkan dalam kebanyakan kejohanan, malah ada juga pengurus dan jurulatih pasukan yang menyalahkan pengadil.
Menurutnya, menerusi cadangan baru itu, bulatan servis hanya akan dijadikan sebagai penanda untuk tekong melakukan servis, secara tidak langsung tiada sebarang kesalahan mengenai cara servis dilakukan.
Abdul Halim turut memaklumkan cadangan ini akan dibawa dan diperhalusi ketika mesyuarat majlis badan induk itu yang dijadualkan berlangsung di Songkhla, Thailand, 26 Julai depan dan Malaysia akan diwakili oleh Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM), Datuk Mohd Sumali Reduan, serta Setiausaha Agung PSM, Ddatuk Abidullah Salleh.
"Seperti yang kita maklum isu ini timbul hampir 60 tahun.
"Saya telah kemukakan kertas cadangan mengenai servis tekong tersebut. Saya tidak teragak-agak untuk memperkenalkannya tapi saya mahu mendapatkan pandangan daripada jurulatih, pemain dan pengurus.
"Keputusan yang bakal diambil kelak, saya tidak mampu menghindarkan kesenian permainan sepak raga," katanya.