Skuad kriket negara terpaksa berputih mata apabila gagal layak ke Divisyen 3, Liga Kriket Dunia susulan menamatkan saingan Divisyen 4 di tangga ketiga di Oval Akademi Kinrara, hari ini.
Secara keseluruhan, sudah pasti ini kempen yang mengecewakan memandangkan Malaysia beraksi di laman sendiri.
Lebih pedih, dua kemenangan pertama tidak berupaya diterjemahkan dalam bentuk permainan konsisten apabila tewas dua perlawanan berikutnya.
Perlawanan terakhir peringkat kumpulan menentang Bermuda hari ini meningkatkan tekanan, apatah lagi saingan semalam ditunda.
Aksi ulangan hari ini menawarkan peluang buat Malaysia untuk tampil dengan aksi meyakinkan tatkala keputusan perlawanan di antara Uganda menentang Jersey juga berupaya menentukan nasib Malaysia.
Malaysia meraih kemenangan menerusi kelebihan 89 larian, catatan yang meletakkan skuad negara dalam keadaan sukar dan akhirnya, Uganda yang menang dengan tujuh larian ke atas Jersey, layak ke Divisyen 3 di samping Denmark.
"Kami dapat bermain semula, di mana kami menyasarkan skor 300. Semalam juga kami tidak dapat melakukannya. Tetapi hari ini ia berkesudahan dengan 258," kata kapten pasukan negara, Anwar Arudin.