Badang negara, Mohd Hafifi Mansor, terkejut apabila rakan sepasukannya, Zulhelmi Mohd Pisol, muncul atlet pertama yang digugurkan daripada Program Podium ketika tinggal tujuh bulan untuk Sukan SEA Kuala Lumpur membuka tirainya.
Hafifi sudah beberapa bulan tidak bertemu Zulhelmi dalam sesi latihan di Bukit Jalil.
Jaguh kelahiran Terengganu itu, bagaimanapun, tidak menyangka Zulhelmi sebenarnya sudah digugurkan daripada Program Podium kerana dia langsung tidak dimaklumkan.
Ini bermakna Hafifi terpaksa berlatih bersendirian dalam Program Podium untuk angkat berat.
"Saya rasa terkejut. Sebelum ini, saya menghubungi PABM (Persatuan Angkat Berat Malaysia) dan bertanyakan mengenai status Zulhelmi. Dari situ, saya dapat tahu Zulhelmi sudah digugurkan.
"Kini saya seorang diri berlatih dan saya berharap Program Podium boleh mengambil seorang lagi atlet untuk menjadi rakan sepelatih saya," katanya.
PABM semalam mengesahkan Zulhelmi -- pemenang pingat perak Sukan Komanwel Glasgow 2014 -- digugurkan daripada program itu kerana prestasi tidak meningkat selain faktor kecederaan.
Jadi, program sukan termahal negara itu kini dibarisi 95 atlet selepas turut kehilangan pemain skuasy, Delia Arnold, yang mengumumkan persaraannya.
PABM juga perlu bertindak pantas untuk mencari pengganti Zulhelmi dalam kategori 56kg untuk Sukan SEA Kuala Lumpur, 19-31 Ogos depan, di mana acara itu menawarkan lima pingat emas.
Program Podium menelan kos RM75 juta setahun dengan misi utama meraih pingat emas sulung dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020.