Kehangatan perseteruan mahkota Kejohanan Golf PKNS Selangor Masters 2025 diteruskan! -- pendahulu saingan sebelum saingan bermula, Naraajie Ramadhanputra melalui kejatuhan prestasi dalam sekelip mata.
Ini kerana, Ramadhanputra bergelut pada awal dan penghujung saingan dengan catatan bogey pada lubang kedua dan ke-18.
Peluang itu diambil sepenuhnya Tawit Polthai yang mengesahkan status selaku pendahulu baru menerusi permainan tersusun dan kemas.
Polthai yang pernah menggegar arena sukan golf Asia Tenggara apabila menjadi pemain profesional seawal usia 18 tahun -- lebih sedekad lalu, mencipta magis dengan merekodkan satu eagle dan enam birdie.
Polthai langsung tidak terjejas dengan perubahan cuaca dua kali menyaksikan Kelab Seri Selangor bagaikan menunggu masa untuk hujan, namun jaguh Thailand itu berjaya mengekalkan fokus untuk merekodkan 65 pukulan, enam di bawah par.
Secara keseluruhan, Polthai memimpin kejohanan dengan catatan 199 pukulan, 14 di bawah par dan berkelebihan lima pukulan berbanding Ramadhanputra.
Polthai mempunyai misi peribadi untuk dilunaskan -- buruan mahkota kejuaraan apabila kesilapan pada saat akhir meranapkan impiannya untuk muncul juara pada tahun 2023 dan terpaksa akur di kedudukan keempat ketika itu.
Daripada kisah perebutan kejuaraan -- tumpuan terarah kepada bintang masa depan, Daichi Hayashi.
Usianya baru mencecah 14 tahun, namun kematangannya tiada tandingan.
Daichi yang membesar di Malaysia dan berada dalam program pembangunan Selangor bertanding atas tiket jemputan, dan langsung tidak menzahirkan sisi gugupnya ketika beraksi -- sebaliknya mempersembahkan akai terpuji sepanjang tiga hari saingan.
Malah, Daichi melepasi had kelayakan untuk beraksi pada hari terakhir kejohanan, menjadikan dirinya prospek utama merangkul anugerah pemain amatur terbaik kejohanan.
Secara total, Daichi merekodkan 212 pukulan, satu di bawah par selepas tiga hari saingan.
Kisah perjalanan Daichi ini menjadi bukti, keberkesanan dan pengkhususan program pembangunan di Selangor.
Daichi mempunyai harapan untuk mengikut jejak langkah pengurus pasukan Jepun di SIJGC, Yuki Hayashi.