Perebutan Raja Bola Sepak Asia Tenggara (ASEAN) bakal diketahui sama ada Selangor atau Buriram United apabila kedua-dua pasukan berentap dalam perlawanan akhir Kejohanan Kelab ASEAN (ACC) Piala Shopee musim ini.
Aksi timbal balik pertama menyaksikan wakil Malaysia itu akan menjadi tuan rumah terlebih dahulu di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) malam ini.
Sementara perlawanan kedua akan berlangsung pada 27 Mei ini.
Untuk rekod, pertemuan terakhir menyaksikan Gergasi Merah berjaya mengikat wakil Thailand itu 1-1 di Chang Arena tahun lalu.
Jika Selangor muncul juara Piala Shopee 2025/2026, mereka akan raih slot automatik untuk beraksi di kejohanan sama pada musim hadapan.
Begitu juga untuk Buriram United.@ASTROARENA pic.twitter.com/Dakdj18JXd— Fadhirul Shuhaimi (@FadhirulS) May 19, 2026
Tahukah anda? Terdapat dua ganjaran besar menanti skuad kendalian Kim Pan-gon itu sekiranya berhasil memperoleh kemenangan menewaskan juara bertahan itu.
Selangor akan diberikan slot automatik beraksi dalam kejohanan itu pada musim hadapan. Ia, sekali gus menyaksikan Malaysia bakal mempunyai tiga wakil selepas juara Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT), dan Kuching City dalam pertandingan serantau itu.
Dan, mereka juga berpeluang membawa pulang wang hadiah sebanyak hampir USD425,000 (RM1,800,000) sebagai pemenang edisi kedua.