Old but gold -- 27 Ogos merupakan ulang tahun ke-58 sejak kali pertama berlangsungnya aksi final Piala Dunia Bola Jaring pada 1967.
Momen bersejarah ini dikongsikan akaun rasmi Instagram (IG) World Netball yang diikuti lebih 65,000 setia sukan itu, sekali gus mengimbau kenangan manis pada kejohanan yang dianjurkan di Perth, Australia itu.
Lapan pasukan bertanding merebut kejuaraan sulung yang akhirnya menjadi milik New Zealand dengan menundukkan tuan rumah, Australia, menerusi keputusan 40-34 dan sehingga kini, kedua-dua negara terus menjadi kuasa besar sukan yang cukup popular di kalangan wanita itu.
Menariknya, perkongsian dalam bentuk video hitam putih berdurasi pendek itu turut memaparkan barisan pemain New Zealand meraikan kejayaan mereka dengan Haka, tarian ikonik negara yang dikenali sebagai The Land of Kiwis itu, yang bagi kita cukup sinonim dengan pasukan ragbi, All Blacks, tetapi dengan sentuhan yang lebih feminin serta bersahaja, dan yang pentingnya terus diingati sehingga ke hari ini.
Dapatkan Sekarang

Kekuatan Dalaman Wanita
Untuk terus yakin dan sihat, pastikan tubuh mendapat vitamin lengkap setiap hari dengan multivitamin khas wanita.
Dapatkan Sekarang