Skip to main content

Tenis

Federer kembali beraksi di Stuttgart

rogerfederer.jpg
Roger Federer bakal membuat penampilan semula dalam saingan Terbuka Stuttgart, Jun ini.

Pemenang grand slam 20 kali itu mengetepikan saingan gelanggang tanah liat sekali lagi selepas tahun lalu bagi membuat persiapan mempertahankan gelaran Wimbledon.

Federer dijangka beraksi dalam Terbuka Gerry Weber tetapi pemain nombor dua dunia itu akan menyertai kejohanan gelanggang rumput di Stuttgart yang bermula pada 11 Jun.

"Atmosfera di  TC Weissenhof sangat menakjubkan. Dengan segera anda dapat berasakan permainan yang cemerlang di sini.

"Saya akan cuba menampilkan permainan terbaik beraksi di gelanggang rumput dan mahu bermain di Stuttgart sekali lagi tahun ini," katanya.

Legenda Switzerland itu mengalami kekalahan mengejut kepada Tommy Haas dalam kejohanan yang sama tahun lalu manakala tersingkir dalam suku akhir pada 2016.

Federer masih belum beraksi sejak tewas kepada wakil Australia, Thanasi Kokkinakis, dalam pusingan kedua Terbuka Miami, Mac lalu.

Advertisement

Must Watch Video