Naib Presiden Persatuan Judo Malaysia (PJM), Datuk Razali Basri, mengesahkan atlet Perak yang meraih pingat emas dalam Sukan Malaysia (Sukma) 2018, Fatin Izzati Ahmad Rosdi, terlepas daripada hukuman kes doping selepas dikesan positif bahan terlarang jenis triamcinolone acetonite.
Jawatankuasa Siasatan PJM mendapati Fatin Izzati menggunakan triamcinolone acetonite atas arahan doktor perubatan untuk merawat kecederaannya.
Masalah teknikal berlaku apabila juara kategori bawah 63 kilogram itu tidak mengisytiharkan bahan terbabit dalam borang "therapeutic use exemptions" (TUE) sebelum menjalani ujian doping.
Bahan itu kebiasaannya digunakan untuk merawat masalah kulit seperti kegatalan, sekali gus tidak tersenarai dalam kategori dadah perangsang.
"Penggunaan bahan itu bertujuan untuk menyembuhkan penyakit.
"Ia juga dimasukkan ke dalam tubuh atlet berkenaan dengan menggunakan kaedah yang dibenarkan Agensi Anti-Doping Dunia (WADA).
"Sewaktu sesi siasatan, pihak jurulatih, doktor dan wakil daripada Majlis Sukan Negeri (MSN) Perak turut menghadirkan diri bagi menjelaskan situasi sebenar," katanya.
PJM sudah memaklumkan perkara itu kepada Agensi Anti-doping Malaysia (Adamas), sekali gus mengekalkan pingat emas yang diraih Fatin Izzati.
Ia bermakna kes positif doping Sukma 2018 telah berkurangan kepada tiga kes.
"Kes ini tidak akan berlaku sekiranya atlet berkenaan memberitahu bahawa dia pernah menerima rawatan suntikan.
"Sekurang-kurangnya perkara itu akan direkodkan.
"Kita perlu faham bahawa suntikan itu mengandungi bahan terlarang dalam kaedah yang dibenarkan.
"Selepas melakukan siasatan, kami mempunyai bukti bahawa kaedah yang digunakan itu dibenarkan WADA," kata Penolong Pengarah Adamas, Nishel Kumar.
Sementara itu, keputusan yang dilakukan PJM menamatkan mimpi ngeri yang dialami Fatin Izzati sejak empat bulan lalu.
Dia mengalami tekanan perasaan sejak isu itu didedahkan dan fokusnya terhadap pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM) turut terganggu.
Kini, Fatin Izzati berharap dapat mewakili negara ke Sukan SEA Filipina, hujung November depan.
"Saya berasa amat lega memandangkan kes doping merupakan kesalahan terbesar bagi seorang atlet.
"Saya mahu berterima kasih kepada MSN Perak, doktor dan jurulatih kerana membantu membersihkan nama saya daripada kes berkenaan," katanya.