Skip to main content

Permotoran

F1 ketatkan peraturan kenyataan berbaur politik

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

f1-lgbt.jpg
Pemandu Formula Satu (F1) perlu mendapatkan kebenaran bertulis terlebih dahulu untuk membuat sebarang "kenyataan berunsurkan politik" selepas Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) mengemas kini Kod Sukan Antarabangsanya.

Badan induk sukan itu telah menambah klausa baharu ke dalam buku peraturannya untuk musim depan dengan menyatakan: "Perbuatan dan penampilan umum yang menyentuh kenyataan politik, agama dan peribadi atau komen yang jelas melanggar prinsip umum tidak digalakkan oleh FIA di bawah Statutnya, melainkan mendapat kelulusan bertulis secara bertulis terlebih dahulu oleh FIA bagi peringkat pertandingan antarabangsa, atau oleh pihak yang lebih relevan untuk buat penganjur di bawah bidang kuasa mereka."

Lewis Hamilton dan Sebastian Vettel, yang tidak dapat menamatkan perlumbaan di penghujung musim lalu antara pemandu yang lantang menyuarakan isu politik.

Pemandu Mercedes itu bertindak memakai baju-T dalam Grand Prix (GP) Tuscan 2020 sebagai simbolik bantahannya terhadap kematian seorang warga Amerika Syarikat, Breonna Taylor.

Malah, dia menggunakan topi keledar berwarna 'pelangi' ketika berlumba di Timur Tengah. 

Vettel pula memakai baju-T berwarna pelangi yang mempromosikan hak LGBTQ+ sebelum lagu kebangsaannya dalam GP Hungary, Julai lalu.

Valtteri Bottas, Carlos Sainz dan Lance Stroll turut ditegur kerana gagal menanggalkan baju-T 'We Race As One' dalam perlumbaan yang sama dengan Vettel.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video