Grand Prix (GP) Arab Saudi akan diteruskan seperti yang dirancang walaupun serangan ke atas pelantar minyak berhampiran Litar Jeddah tercetus.
Asap kelihatan berkepul ke langit sejauh berkilometer ketika sesi latihan Formula Satu (F1) itu, malam tadi, dengan pihak pemberontak, Houthi Yaman, mengaku bertanggungjawab atas letupan tersebut.
Insiden itu berlaku di kilang penapisan Aramco kira-kira 12 batu dari Litar Jeddah Corniche, venue GP Arab Saudi sulung pada Disember tahun lalu itu diadakan.
Sesi latihan kedua itu telah ditangguhkan seketika selepas pemandu dan pengetua pasukan dipanggil oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) F1, Stefano Domenicali, kemudian acara itu disahkan tidak dibatalkan.
Satu kenyataan F1 berbunyi: "F1 telah berhubung rapat dengan pihak berkuasa berkaitan berikutan situasi yang berlaku hari ini.
"Pihak berkuasa mengesahkan acara ini boleh diteruskan seperti yang dirancang dan kami akan terus berhubung rapat dengan mereka. Semua pasukan sedang memantau keadaan dengan teliti."
Arab Saudi telah memerangi Houthi sejak Mac 2015 sebagai tindak balas terhadap penggulingan presiden Yaman yang terakhir.