Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Azhan Shafriman Hanif, menjelaskan pihaknya sedia mempertimbangkan tawaran sekiranya litar kebanggaan negara ini dipilih untuk mengisi semula kalendar Formula Satu (F1) pada musim ini.
Saranan ini timbul selepas Russia digantung badan induk dunia, Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) ,susulan konflik dengan Ukraine yang menyaksikan perlumbaan di Sochi pada September depan dibatalkan.
Malaysia pula disebut-sebut sebagai pengganti venue itu tetapi Azhan Shafriman menjelaskan masih tiada sebarang tawaran rasmi.
Kali terakhir Malaysia menganjurkan sukan permotoran berprestij itu adalah pada 2017 dan selepas itu kontrak penganjuran F1 di Malaysia tidak disambung atas faktor kos dan pulangan hasil yang tidak setimpal.
"Saya sendiri merindui perlumbaan F1 di Sepang.
"Kalau ada tawaran kami kena pertimbangankannya dengan sewajarnya, sesuai dengan keadaan ekonomi negara.
"Lagipun kita belum keluar daripada pandemik (COVID-19).
"Jika tawarannya berbaloi mungkin kami akan anjurkan," katanya.