Esports Integrated (ESI) mengambil langkah luar biasa dalam misi memajukan ekosistem indutri e-sukan menerusi penganjuran 'Esportscon Malaysia 2024' yang menawarkan pengalaman serta platform terbaik untuk anak muda yang berminat menceburi bidang e-sukan.
Bukan hanya menyediakan barisan pemain profesional, penganjuran juga melibatkan kesemua pemegang taruh industri e-sukan demi menyediakan satu ekosistem yang lebih teratur serta dinamik yang seiring dengan pencapaian skuad negara di persada antarabangsa, khususnya tahun lalu.
"Kami adakan ESI di Spacerubix Puchong dengan niat untuk kumpulkan penggiat sukan elektronik (termasuk), jenama, universiti dan pasukan-pasukan e-sukan untuk berbincang dan membina jaringan.
"Secara amnya e-sukan sudah berkembang di Malaysia dan kami akan teruskan lagi usaha ini," kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) ESI, Ahmed Faris Amir.
Biarpun pelbagai kejayaan yang sudah diukir wakil negara -- namun, stigma e-sukan yang sering kali dikaitkan dengan mengabaikan pelajaran sangat menebal dan atas faktor itu, ESI mahu menepis tanggapan negatif itu di samping menyediakan peluang terbaik.
"Ia menawarkan struktur kepada ekosistem.
"Ia memberi penggiat e-sukan untuk membina pasukan dan pastikan ia lebih teratur.
"Sebarang peluang yang diberikan generasi baru untuk berkembang merupakan kerjasama yang menarik," kata pempengaruh e-sukan, Sultan Riq.