Dunia gusti profesional dirundung kesedihan apabila dua bekas bintang WWE dilaporkan meninggal dunia semalam.
Brian Christopher Lawler, anak kepada bintang Hall of Fame WWE, Jerry “The King” Lawler, telah pergi meninggalkan seluruh ahli keluarga dan peminat buat selama-lamanya apabila bertindak menggantung diri di dalam bilik sel tahanannya di Memphis, Tenesse dan terpaksa bergantung kepada mesin penyambung hayat selama beberapa jam akibat insiden tersebut.
Bintang yang juga dikenali sebagai Grand Master Sexay di era Attitude sekitar awal tahun 2000 itu telah ditahan akibat memandu di bawah pengaruh alkohol sejak 7 Julai lalu.
Brian, 46, begitu popular ketika bersama trio Too Cool dengan bergandingan bersama Rikishi Phatu dan Scotty Too Hotty sehingga pernah merangkul gelaran Juara Regu WWE pada Mei 2000.

Seorang lagi bintang legenda yang menghembuskan nafas terakhir semalam adalah bintang Hall Of Fame WWE, Nikolai Volkoff, pada usia 70 tahun.
Bintang kelahiran Croatia itu merupakan antara legenda berhaluan kiri yang agak masyhur di era penghujung 80-an dan pernah memenangi Kejuaraan Regu WWE bersama The Iron Sheikh dari tahun 1985 hingga 1987, dengan membawa gimik tentera Kesatuan Soviet dan anti-Amerika.
(Foto: WWE.com)
Langgani satu-satunya saluran gusti 24 jam di Malaysia, WWE Network. Saksikan acara WWE Summerslam pada 20 Ogos depan dan kesemua acara WWE Pay-Per-View secara langsung! Tidak lupa juga kepada program-program eksklusif WWE Network, hanya di Astro, On Demand & Astro Go.