Jurulatih skuad hoki wanita negara, Dhaarma Raj Abdullah, menuntut janji sejak Februari lalu selain mempersoalkan bilakah anak buahnya dapat menjalani latihan di Stadium Hoki Nasional bagi persediaan ke separuh akhir Liga Dunia, bulan depan.
Persekitaran Stadium Tun Razak dilabel tidak sesuai kerana anak buahnya terpaksa berhadapan kesesakan lalu lintas setiap hari demi menjalani latihan.
Urusan membabitkan Institut Sukan Negara (ISN) selain urusan pembelajaran di mana rata-rata anak buahnya merupakan pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) juga menjadi sukar dan memakan masa.
Dhaarma sendiri sudah menyuarakan hasratnya kepada Pengarah Teknikal, Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), Terry Walsh, dan pihak Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) agar penggunaan Stadium Nasional, Bukit Jalil dapat disegerakan.
"Pada mulanya, mereka menjanjikan saingan pusingan kedua Liga Dunia akan dilangsungkan tetapi dibatalkan (diubah ke Stadium Hoki Tun Razak, Jalan Duta).
"Ia pun sudah lama berlalu dan sekarang akan digunakan untuk Sukan SEA (Kuala Lumpur 2017).
"Setahu saya, rumput di Bukit Jalil pun sudah dipasang," katanya.
Stadium Hoki Nasional, yang dalam proses dibaik pulih bagi menghadapi saingan Sukan SEA dari 19 hingga 30 Ogos depan, sudah pun selesai sejak sebulan lalu.
"Trafik di sini pada waktu petang sangat menyeksakan.
"Kadang-kadang selepas menamatkan sesi latihan dan mahu pulang ke Bukit Jalil -- saya pun tinggal di sana -- pada petang Jumaat, kami mengambil masa hampir tiga jam.
"Jadi, dengan gelanggang di Bukit Jalil sudah disiapkan, saya harap kami dapat kembali berlatih di sana."