Dhaarma Raj Abdullah gembira dapat mengubah persepsi terhadap skuad hoki wanita negara selepas membantu pasukan itu mara ke perlawanan akhir pusingan kedua Liga Hoki Dunia di Kuala Lumpur.
The Malaysian Hockey Tigress tunduk 2-1 kepada Ireland dalam perlawanan akhir, minggu lalu, namun sudah mengesahkan tempat ke separuh akhir Liga Hoki Dunia yang akan berlangsung sama ada di Afrika Selatan atau Belgium.
Dedah Dhaarma, pemain wanita seperti ketakutan sewaktu peringkat awal dia menerajui mereka.
Malah, dia meyakinkan anak buahnya bahawa mereka tidak rugi apa-apa sebelum pertemuan getir dengan Itali.
"Ketika saya baru mengambil alih, ada pemain yang menggigil.
"Saya sangat terkejut kerana mereka gerun dengan saya.
"Mereka memiliki bakat dan saya mendorong mereka untuk berani membuat keputusan. Selepas itu, barulah saya lihat potensi berbeza mereka dan sedar mereka mampu membuat kejutan," katanya.
Dhaarma mengakui perbezaan di antara pasukan lelaki dan wanita ibarat langit dan bumi.
"Yang pertama, pasukan wanita dahagakan kejayaan berbanding lelaki yang sudah selesa.
"Saya harap selepas ini kami diberi peruntukan agihan 60-40 peratus dengan pasukan lelaki.
"Ini kerana pasukan lelaki mendapat pendedahan seawal usia remaja.
"Saya harap skuad wanita didedahkan dengan perlawanan berkualiti untuk meningkatkan keyakinan mereka.
"Mereka ada bakat, tapi mula gugup apabila berjumpa dengan pasukan yang memiliki reputasi lebih besar."
Tambah Dhaarma lagi, aksi di peringkat separuh akhir Liga Hoki Dunia selepas ini pasti lebih mencabar dan berharap pemain-pemainnya akan bersedia.
"Pusingan separuh akhir Liga Hoki Dunia nanti, kami perlu mara ke suku akhir untuk menjamin tempat ke pusingan akhir di New Zealand pada November.
"Tapi ia bukan mudah kerana saingannya lebih tinggi. Contohnya pasukan Belanda yang pernah membelasah Itali 10-0.
"Saya percaya seandainya kami mampu layak ke pusingan akhir, kami mampu memenangi pingat dalam Sukan Asia, beberapa bulan selepas itu."