Ini rentetan kegagalan MPM memantau beberapa isu besar yang berlaku pada sukan dwitahunan Para SUKMA dan kejatuhan ketara prestasi di Paralimpik Paris.
Perkara ini amat mendukacitakan dan timbulnya rasa bimbang akan masa depan sukan para negara.
"Kita tidak mahu orang datang duduk di sana sahaja (pegang jawatan). MPM perlu dibersihkan. Saya berani cakap kepada orang yang tidak disukai perlu keluar daripada MPM.
"Kami memerlukan satu pasukan bagi membangunkan MPM. Saya tidak mahu sukan kita, MPM dan sukan para ini jatuh. Masa zaman saya Sukan Para ASEAN jumlah kutipan pingat emas paling rendah adalah 27 butir pingat.
Bekas Ketua Jurulatih Olahraga Para R Jeganathan gesa Presiden MPM DS Megat Shahriman letak jawatan.@ASTROARENA pic.twitter.com/9Hg5HjV44T
— FinaNasrom (@fnasrom) November 27, 2024
"Baru-baru ini tujuh pingat emas sahaja, bila tanya MPM hanya ketawa kepada saya. Saya rasa sangat sedih. Saya pernah hasilkan 42 pingat untuk Sukan Para ASEAN dan sekarang tujuh pingat mereka sudah fikir mereka adalah yang terbaik.
"Jauh di sudut hati saya, saya mahukan seorang pemimpin yang baru, pasukan yang baru untuk membantu kami dan mengembalikan semula kegemilangan sukan para.
Menjelang Mesyuarat Agung Tahunan yang akan berlangsung bulan depan, Jeganathan menegaskan individu paling tepat ganti Megat adalah Datuk Ahmad Shapawi Ahmad.
Pengetahuan dan jasa Shapawi terhadap sukan para ketika dia memegang tampuk Ketua Pengarah MSN tidak boleh di sangkal menjadikan Shapawi individu yang paling faham keperluan atlit para negara.
"Saya sokong 100 peratus Datuk Ahmad Shapawi Ahmad.Saya tidak pasti dia mahu atau tidak. Saya mahukan dia sebagai presiden dan saya berharap dia menerima apa yang saya maksudkan.
"Dia tahu segala kelemahan sukan kita.Saya rasa Datuk Shapawi perlu kembali semula dan berikan dia peluang. Saya yakin dia tahun semua tentang sukan para. Dia kenal semua orang di peringkat akar umbi." katanya.