Dua bintang sukan tari solo negara, Bernice Iu dan Cherry Yeo, kekal unggul dengan rentak kecemerlangan tarian masing-masing dalam saingan hari kedua Kejohanan Dancesport Terbuka Malaysia di Shah Alam hari ini.
Daripada 40 peserta kategori WDSF solo latin wanita dewasa, gerak tari Bernice dan Cherry memikat hati juri dalam pusingan 1, 2 dan separuh akhir, sekali gus melayakkan mereka ke final bersama lima peserta lain.
Bagi Cherry, kecemerlangannya dalam tarian Pasodoble memberikan kelebihan buat dirinya berbanding empat disiplin lain dan meningkatkan keyakinannya untuk terus pamerkan rutin tarian terbaik.
Walaupun hampir terjatuh pada permulaan saingan separuh akhir kerana gugup, dia lega ia dapat diatasi dan mampu kembali fokus mempersembahkan gerak tarinya.
"Sebenarnya saya agak gugup ketika mula turun ke gelanggang," katanya kepada wartawan Astro Arena, Ainul Abd Rouf.
"Permulaan saya agak goyah dan saya hampir terjatuh pada awalnya tetapi saya kemudian berjaya bangkit mempamerkan yang terbaik bagi empat tarian selepas itu."
Cabaran berbeza buat Bernice apabila terpaksa berdepan faktor keletihan disebabkan jadual acara itu berlangsung secara berturut-turut bersama acara lain yang turut disertainya, iaitu kategori berpasangan.
Bagaimanapun, ia tidak menjejaskan tumpuannya untuk meraih slot ke pusingan akhir.
Bernice turut bersemangat untuk mempamerkan gerakan terbaiknya dalam aksi final.
"Saya boleh katakan yang saya akan menunjukkan semua teknik saya kerana ia aksi final, jadi apa yang akan mereka lihat ialah perinciannya berbanding hanya tarian.
"Jadi saya akan menyulam kesemua kemahiran persembahan saya dan akan menghabiskan semua teknik yang saya ada," katanya.