Skip to main content

Berbasikal

Bukan sekadar berbasikal lebuhraya: Ini kisah warna-warni saingan Petronas LTdL 2025

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

lily.jpg
Penglibatan kali kedua saya dalam saingan PLTDL 2025 sebagai sideline reporter/host sekali lagi menjadi pengalaman yang sangat bermakna dalam perjalanan kerjaya saya. 

Perlumbaan berbasikal lebuh raya bertaraf dunia ini melibatkan jarak keseluruhan 1,257.8 kilometer dan menghimpunkan pelumba profesional dari pelbagai negara. Seperti tahun sebelumnya, kehangatan saingan, tekanan semasa siaran langsung serta komitmen kerja di lapangan benar-benar menguji ketahanan fizikal dan mental.

Apa yang menjadikan PLTDL ni unik ialah laluan perlumbaannya yang merentas semenanjung Malaysia. Dalam masa 10 hari, kami melalui 11 negeri dengan pemandangan yang pelbagai – dari pekan kecil, kawasan sawah, jalan pesisir pantai hingga bandar moden. 

Setiap hari bertukar hotel dan lokasi liputan sudah menjadi rutin, namun itulah antara cabaran yang menjadikan tugas ini penuh warna. Ditambah pula dengan cuaca yang tidak menentu. Kadang-kadang hujan lebat tiba-tiba, tak pun panas terik membakar kulit – seiring dengan hashtag #beattheheat. 

Namun di sebalik kepenatan, ada momen kecil yang membuat hati tersentuh. Setiap kali konvoi melalui kawasan kampung, orang kampung dan murid-murid sekolah akan turun beramai-ramai memberikan sorakan dan sokongan kepada para pelumba. 

Ada yang siap berpakaian tema, membawa bendera serta ‘signage’ kreatif. Semangat mereka luar biasa — sanggup berdiri lama di tepi jalan, berpanas dan berhujan demi memberi sokongan.

Edisi PLTDL 2025 turut menyaksikan beberapa detik bersejarah tercipta. Aiman Rosli mencuri tumpuan apabila berjaya meraih podium di peringkat ketujuh yang bermula dari Melaka ke Medini, satu pencapaian yang membanggakan negara. Selain itu, Harrif Salleh, ikon berbasikal negara, mengumumkan persaraannya selepas 16 penyertaan LTdL, sekali gus mengekalkan status sebagai pelumba dengan penyertaan paling banyak dalam sejarah kejohanan.

Selain pelumba berpengalaman dari Norway, Alexander Kristoff menerima Guard of Honour – satu simbol rasmi persaraannya daripada dunia berbasikal profesional. Lebih istimewa, Kristoff dibawa menaiki beca khas yang dikayuh oleh legenda pecut negara, Anuar Manan. Kristoff melalui barisan penghormatan oleh para pelumba lain – satu momen yang benar-benar penuh emosi dan pastinya akan dikenang dalam sejarah Le Tour de Langkawi.

Tak sabar rasanya nak tunggu saingan ini kembali tahun depan! 
Garmin

Lebih Dari Sekadar Jam

Jam Garmin ini bantu anda jejak setiap langkah, degupan & pencapaian dengan tepat.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video