SUKAN LAIN
Bola Jaring Asia: Khidmat An Najwa kembali ditagih
Ketua jurulatih skuad bola jaring negara, Choo Kon Lee, mengalu-alukan pemain, An Najwa Azizan, untuk membantu negara dalam Kejohanan Bola Jaring Asia, September depan, sekiranya dilepaskan awal oleh Kelab Bola Jaring GWS Fury yang berpangkalan di Australia.
Seramai 18 pemain sudah dipanggil untuk melaporkan diri ke kem latihan hari ini menjelang Kejohanan Asia.
Namun, Kon Lee tidak menolak masih menunggu penjaring terbaik negara, An Najwa, sekiranya mendapat kebenaran daripada kelab yang disertainya di Australia untuk membantu cabaran negara di Singapura nanti.
Iklan
Bukan menidakkan kemampuan penjaring yang sedia ada ketika ini tetapi peluang terbuka diberikan Kon Lee andai An Najwa bersedia untuk saingan itu.
"Saya belum tahu lagi jadualnya, sama ada dia boleh menyertai kami atau tidak.
"Tengoklah, saya berasa d dia kena datang untuk kem pemilihan terakhir," katanya.
Pada hari pertama kem latihan, tahap kecergasan menjadi fokus utama Kon Lee sebelum melakukan latihan di gelanggang pada hari seterusnya.
Dia berpuas hati dengan komitmen yang diberikan oleh 18 pemain setakat ini dan sedang bersedia untuk perlawanan ujian dengan skuad Thailand, Julai depan.
"Setakat ini, keputusan sudah meningkat daripada segi kekuatan dan sebagainya tetapi belum habis lagi.
"Jika kecergasan dapat dipertingkatkan, pasti akan ada peningkatan daripada segi permainan kami," katanya.
Must-Watch Video