Kebanyakan pelumba MotoGP sebenarnya sudahpun menerima gaji yang amat lumayan selaku pelumba pasukan yang bersaing dalam siri perlumbaan motosikal paling elit di dunia itu.
Namun ganjaran lumayan wang tunai itu tidak hanya terhenti di situ sahaja tetapi turut menanti bagi mereka yang mampu mencipta kemenangan podium dan lain-lain juga.
Mengikut laporan data yang telah disiarkan oleh kebanyakan rencana berkaitan pembayaran industri perlumbaan elit dunia termasuk MotoGP dan Formula 1, jumlah wang tunai lumayan yang ditawarkan kepada setiap pemenang mempunyai beberapa kategori.
Bagi perlumbaan MotoGP misalnya, selain gaji yang mencecah puluhan juta setahun, beberapa bonus dan insentif lain turut bakal diterima mereka.
Malah pelumba paling tersohor ketika ini, Marc Marquez, yang menyertai pasukan Ducati Lenovo bagi musim 2025, menerima gaji berjumlah RM60 juta semusim dariapda pasukan yang disertainya.
Pelumba yang mampu mencipta kemenangan podium selaku juara dalam siri perlumbaan dilaporkan akan menerima potensi pembayaran hadiah wang tunai hingga mencecah RM1.1 juta bagi setiap kemenangan yang dilakarkan.
Jumlah itu tidak termasuk bonus yang bakal diterima oleh pelumba setiap kali mereka berjaya merebut petak perlumbaan pertama dalam setiap pusingan kelayakan yang berlangsung bahkan ia turut membabitkan penglibatan tawaran hadiah selain wang tunai termasuk kereta mewah dan sebagainya.
Pelumba MotoGP juga turut menuai insentif dan pembayaran yang lain terutamanya membabitkan penajaan daripada mana-mana pihak yang turut menawarkan jumlah wang tunai yang begitu tinggi bergantung kepada persetujuan yang mampu dicapai oleh kedua-dua belah pihak.
Malah rekod menunjukkan bagi penajaan jenama topi kaledar pelumba sahaja jumlahnya mampu mencecah sehingga RM2.7 juta hingga RM3.8 juta.
Begitu penajaan jenama yang lain termasuk minuman tenaga dan sebagainya.
Di kalangan jenama tajaan berprofil tinggi mampu menawarkan pembayaran tinggi kepada pelumba yang turut membabitkan jumlah jutaan ringgit.
Logo jenama yang ditampal pada topi kaledar lagenda MotoGP, Valentino Rossi misalnya menerima pembayaran berjumlah RM4.53 juta hanya untuk meletakan logo jenama penaja di salah satu bahagian topi kaledarnya.
Pelumba MotoGP yang sudah mencapai status bintang ternama juga turut memiliki peluang yang lebih besar untuk merekodkan pembayaran lumayan yang lain.
Ia termasuklah menerusi penghasilan daripada penjualan barangan lain termasuk pakaian berjenama mewah, eksesori pakaian dan juga termasuk barangan edisi terkumpul dari jenama terkenal.