Skip to main content

Sukan Lain

Bekas atlet agih bubur lambuk di Bukit Jalil

bubur-lambuk.jpg
Sebanyak 2,000 bekas bubur lambuk diagihkan kepada orang ramai hasil kerjasama pihak Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) dan Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB), hari ini. 

Program yang bermula sekitar jam 9.30 pagi itu dilakukan di perkarangan Bandar Sukan Kuala Lumpur berdekatan Stesen LRT Bukit Jalil bagi tujuan mendekatkan lagi aktiviti PSM bersama orang ramai.

Ketua Pegawai Eksekutif PSM, Azman Fahmi, berkata ini merupakan penganjuran kali pertama pihak PSM dan tidak mustahil akan diteruskan pada masa akan datang sebagai acara tahunan.

"Ini adalah salah satu aktiviti komuniti yang dianjurkan PSM untuk merapatkan lagi hubungan dengan peminat-peminat sukan dan pengguna Stadium Nasional, Bukit Jalil untuk memeriahkan Ramadan kali ini," katanya mengenai acara itu dengan pengagihan bubur lambuk bermula jam 3 petang.

Turut tidak ketinggalan memeriahkan program itu adalah Presiden Yakeb, Datuk Malek Noor, di samping rakan seperjuangan yang lain, antaranya Datuk Mirnawan Nawawi, Khalid Ali, dan Noraseela Khalid.

"Ini peluang buat bekas-bekas ahli sukan berbakti sambil beribadah untuk mengagihkan bubur lambuk.

"Saya turut berterima kasih kepada PSM kerana menjemput kami," ujar bekas jaguh bina badan negara itu. 

Advertisement

Must Watch Video